Mohun Bagan menang selesa 4-0 ke atas Odisha FC dalam aksi pertama Piala AFC kumpulan D hasil jaringan bekas pemain Kelantan, Dimitri Petratos.
Dimitri Petratos menyumbang 2 gol penting dalam aksi tersebut menyaksikan Mohun Bagan meraih 3 mata berharga dalam saingan Piala AFC.
Sahal Abdul Samad menjaringkan gol pembukaan perlawanan diikuti jaringan Dimitri Petratos pada minit ke-67 dan 82 permainan. Liston Colaco turut muncul selaku penjaring gol ketiga pasukan.
Petratos yang kini berusia 30 tahun menjaringkan gol kedua menerusi bola muntah dan gol keempat pula hasil kesilapan pertahanan Odisha pada babak kedua perlawanan.
Petratos telah menjaringkan 3 gol dan 2 bantuan jaringan buat Mohun Bagan setakat ini dan secara keseluruhan telah menjaringkan 15 gol dalam 33 aksi bersama Mohun Bagan.
Musim lalu, Dimitri Petratos turut membantu Mohun Bagan menamatkan kedudukan ditangga ke-3 liga India.
Petratos sebelum ini pernah membantu pasukan Kelantan mara ke suku akhir dengan menyumbang 4 gol dalam saingan Piala AFC pada tahun 2013 yang lalu.