Bekas Penyerang Melaka United, Ilija Spasojevic Dinobatkan Penjaring Terbanyak Liga Indonesia
Dunia
IG spaso_87
Advertisements

Liga 1 Indonesia telah melabuhkan tirai beberapa hari lepas dengan menyaksikan pasukan Bali United mengekalkan kejuaraan liga buat kali ke-2 selepas pertama kali menjuarainya pada musim 2019.

Lebih manis lagi, penyerangnya Ilija Spasojevic dinobatkan sebagai penjaring terbanyak liga sekali gus memenangi Anugerah Kasut Emas Liga Indonesia.

Spasojevic yang juga bekas penyerang berbisa Melaka United berjaya menjaringkan 23 gol dalam 34 penampilan bersama Bali United musim ini.

Advertisements

Namun, menjadi penjaring terbanyak liga bukanlah sasaran utama beliau namun menganggap ianya sebagai satu bonus. Kerana bagi beliau, yang lebih penting adalah membantu kelabnya memenangi kejuaraan Liga Indonesia.

“Matlamat saya adalah untuk memenangi gelaran bersama Bali United. Kami mampu menjadi pasukan pertama dalam bola sepak Indonesia yang memenangi kejuaraan berturut-turut.

“Menjadi penjaring terbanyak adalah bonus, tetapi perkara paling penting ialah kejuaraan Liga Indonesia,” kata Spasojevic seperti dilaporkan laman web rasmi kelab minggu lalu.

Advertisements

Pemain berusia 34 tahun ini merupakan pemain yang mempunyai kerakyatan Indonesia. Untuk rekod, sehingga kini, beliau sudah mengumpul 5 penampilan bersama skuad kebangsaan Indonesia dengan berjaya menjaringkan 4 gol.

Spasojevic telah beraksi untuk Melaka United pada musim 2016/2017 dan berjaya mencetak 27 gol sekali gus menjadikan beliau menjadi penjaring terbanyak Liga Premier pada musim tersebut. Kecemerlangan beliau juga membantu Melaka United untuk naik ke kasta tertinggi Liga Malaysia iaitu Liga Super.

Sesuatu yang menarik adalah nama Melaka United sangat sinonim dengan penjaring terbanyak liga. Spasojevic yang merupakan bekas pemain Melaka United menjadi penjaring terbanyak Liga Indonesia musim ini. Manakala Marko Simic yang juga bekas penyerang Melaka United telah berjaya menjadi penjaring terbanyak Liga Indonesia pada musim 2019.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram