Advertisements
Bekas Pertahanan Malaysia, Irfan Zakaria Pulang Ke Utara
Transfer
MakanBola
FA Malaysia

Bekas pemain kebangsaan Malaysia, Irfan Zakaria sah kembali beraksi bersama pasukan utara tanah air, Kedah Darul Aman FC (KDA FC).

Perpindahan ini diumumkan KDA FC menerusi satu pengumuman di platform media sosial rasmi mereka hari ini.

Beliau menjadi pemain keempat menyertai Sang Kenari selepas Syafiq Ahmad, Zamri Pin Ramli dan bekas rakan sepasukannya di Sabah FC, Rizal Ghazali.

“KDA FC dengan bangga mengumumkan ketibaan Muhammad Irfan bin Zakaria, pemain yang pernah mewakili Kedah di musim 2020, skuad yang layak ke pentas Play-Off ACL Champions League.

“Rezeki kali ini bersama Sang Kenari, beliau kembali menabur bakti dengan azam mahu memperbaiki prestasi lebih baik di musim mendatang,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Pemain berusia 28 tahun itu gembira kembali mewakili Kedah selepas beraksi bersama pasukan itu pada 2020.

Lantas, Irfan berharap dapat membantu Sang Kenari terus bersaing dengan kelompok elit Liga Super.

“Cabaran buat saya untuk sasar prestasi terbaik dan mengharapkan Kedah dapat memberi lebih minit permainan sebab saya pernah beraksi dengan kelab ini.

“Kedah adalah empat pasukan terbaik musim lepas, bagi saya, ambil masa sikit untuk mencari keserasian supaya boleh bantu Kedah kekal bersaing dengan pasukan elit di Liga Super,” katanya.

Selain Kedah dan Sabah, Irfan juga pernah beraksi untuk KL City FC dan Harimau Muda. Semasa bersama KL City, beliau berjaya menjulang Liga Perdana (2017) dan Piala Malaysia (2021).