Bekas tonggak Atletico Madrid, Juanfran menyerikan sesi latihan Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT).
Skuad kendalian Hector Bidoglio kini dalam persiapan menjelang aksi ketiga AFC Champions League Elite (ACLE) tidak lama lagi.
Pasukan Harimau Selatan akan turun menentang wakil Korea, Gwangju di tempat lawan pada 22 Oktober jam 6 petangz
Persiapan JDT bagaimanapun diserikan dengan kehadiran Juanfran yang juga merupakan bekas pemain kebangsaan Sepanyol.
Beliau pernah beraksi bersama beberapa kelab ternama seperti Real dan Atletico, Espanyol sebelum mengakhiri karier di Brazil bersama Sao Paulo.
Johor Southern Tigers dalam satu kenyataan mengalu-alukan kehadiran beliau yang datang ke pusat latihan JDT.
“Lagenda Atletico Madrid dan bekas pemain antarabangsa Sepanyol, Juanfran mengunjungi Pusat Latihan JDT semasa sesi latihan pasukan senior pada malam ini,” ujar kenyataan kelab.
Beliau juga sempat berbual bersama pemilik kelab JDT, DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor semasa mengunjungi sesi latihan pasukan.
Sebelum ini, beberapa individu ternama bola sepak seperti Tim Cahill dan juga kelab dari England iaitu Barnsley FC telah melawati fasiliti serba canggih di JDT.