Benjamin Mora Dilayangkan Kad Merah
Eropah
Atlas FC
Advertisements

Ketua jurulatih Atlas FC, Benjamin Mora dilayangkan kad merah pada aksi pusingan 32 pasukan terbaik dalam saingan Leagues Cup 2023.

Kempen pra-musim pasukan Atlas menentang pasukan-pasukan daripada Major League Soccer (MLS) dalam saingan Leagues Cup terhenti di pusingan 32 terbaik apabila tewas kepada pasukan gergasi MLS, New England.

Perlawanan tumpuan tersebut turut dicemari dengan dua layangan kad merah yang menimpa pasukan Atlas.

Advertisements

Tujuh minit masa tambahan yang diberikan pada babak kedua permainan menjadi detik sukar buat Atlas selepas pertahanan, A. Santamaria dibuang padang kerana menerima dua layangan kad kuning.

Tak terhenti setakat itu, tindakan Mora yang membuat provokasi telah mengakibatkan beliau turut diarah keluar padang. Benjamin Mora dilayangkan kad merah oleh pengadil dan beliau tidak dibenarkan untuk bersama pasukan ketika penentuan sepakan penalti.

Keputusan pengadil yang melayangkan kad merah kepada Mora menjadi tanda tanya dan rata-rata peminat Atlas mempersoal tindakan tersebut.

Advertisements

Selepas Atlas mendahului 2-1 pada babak pertama perlawanan, pasukan New England berjaya bangkit mengikat kedudukan, 2-2 pada separuh masa kedua. Keputusan seri hingga minit akhir permainan telah membawa perlawanan ke penentuan sepakan penalti.

Hasrat anak buah Benjamin Mora untuk mara ke peringkat seterusnya tertangguh apabila Los Rojinegros terpaksa akur, tewas 7-8 kepada New England dalam sepakan penalti.

Pencapaian bekas jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT) yang mengendalikan Atlas dalam kempen Leagues Cup ini dilihat sebagai satu pencapaian cemerlang apabila Atlas berjaya memecah rekod kelab dari Mexico.

Advertisements

Kempen ini dilihat sebagai medan terbaik buat pasukan Atlas sebelum mereka kembali beraksi di pentas Liga MX yang akan bermula pada hujung bulan Ogos kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram