Percaturan Benjamin Mora Guna Syahmi Safari Memang Berbaloi
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Keputusan jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk mempertaruhkan khidmat pemain pertahanan, Syahmi Safari ternyata membuahkan hasil.

Bekas pertahanan kental Selangor ini menjadi watak penting apabila membantu JDT untuk menewaskan KL City FC dengan keputusan 3-0.

Pemain berusia 23 tahun ini bermula dengan cukup baik apabila berjaya mengawal tempo dengan cukup cemerlang.

Advertisements

Larian-larian yang dilakukan oleh pertahanan kebangsaan ini juga berjaya mengkucari-kacirkan barisan pertahanan The City Boys.

Aksi lincahnya di atas padang selain membentuk gandingan yang cukup baik bersama barisan serangan anak didik Benjamin Mora sering menyukarkan tugas lawan.

Hal ini terbukti apabila hantaran jarak jauh yang dilakukan ke dalam kawasan pasukan tuan rumah berjaya memerangkap Declan Lambert yang gagal mengeluarkan bola dengan baik.

Advertisements

Ini sekaligus menyebabkan bola itu singgah di kaki pemain import, Fernando Forestieri yang tidak dikawal lalu melepaskan satu rembatan cantik untuk menewaskan Kevin Ray Mendoza.

Syahmi yang mampu untuk beraksi di pelbagai posisi bertukar-tukar tempat bersama Arif Aiman untuk mengemudi jentera pasukan nyata memberi kelebihan buat pasukan pelawat.

Beliau dikeluarkan pada separuh masa kedua untuk memberi ruang buat pertahanan kiri kebangsaan, Corbin Ong.

Advertisements

JDT terus melebarkan sayap apabila menjarakkan diri di tempat pertama sekaligus mengekalkan rekod tanpa kalah pasukan musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram