Benjamin Mora Mahu Ubah Nasib Bola Sepak Malaysia
ACL
Johor Southern Tigers
Advertisements

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora mahu menjadikan perlawanan esok hari sebagai batu loncatan buat pasukan JDT dalam usaha mengubah haluan bola sepak Malaysia.

Pengendali yang berusia 42 tahun itu berpendapat bahawa pertembungan JDT dan Ulsan Hyundai dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) ini bakal memberi ruang untuk menaikkan nama Malaysia di persada antarabangsa seterusnya menaikkan MA ranking Malaysia.

“Esok kami berpeluang untuk memberikan Malaysia, Johor dan semuanya, satu keputusan yang terbaik dan mengubah haluan bola sepak di Malaysia.”

Advertisements

Jurulatih daripada Mexico ini mahu anak buahnya berikan yang terbaik dan tidak mudah mengaku kalah berdepan wakil daripada Korea itu. Menurutnya, JDT akan sentiasa berdisiplin dan memastikan taktikal yang dirancang terserlah di dalam padang.

“Kami fikirkan cara terbaik untuk kami ialah mengekalkan semangat melawan dan dispilin taktikal dalam berhadapan Ulsan Hyundai, yang kita tahu sebuah pasukan yang bagus, dan tentu sekali telah menunjukkan pelbagai varian dalam permainan mereka,” kata Mora kepada Bernama pada sidang media praperlawanan di sini hari ini.

Perlawanan terakhir saingan Kumpulan I antara JDT dan Ulsan Hyundai dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim pada esok jam 5 petang. Aksi ini bakal menjadi penentu kepada gelaran juara Kumpulan I yang bakal melayakkan juara kumpulan ke peringkat seterusnya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram