Benjamin Mora: Pertembungan Dengan Bojan Hodak Pastinya Menarik
Dunia
officialjohor
Advertisements

Pasukan gergasi Malaysia, Johor Darul Ta’zim berjaya menundukkan pasukan Terengganu FC 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim bagi perlawanan separuh akhir kedua sekaligus melayakkan diri ke peringkat akhir Piala Malaysia dengan agregat 4-1.  

Menerusi kenyataan daripada ketua jurulatih JDT, Benjamin Mora menyatakan bahawa pertembungan menentang jurulatih KL City FC, Bojan Hodak pastinya akan menjadi lebih menarik oleh kerana Bojan Hodak sebelum ini pernah mengendali pasukan JDT pada tahun 2014-2015.  

“Ia bakal menjanjikan final yang menarik kerana Bojan (Hodak) pernah bersama JDT dan menjuarai Piala Malaysia tapi itu cerita lama dan episod baharu yang saya dan beliau akan hadapi pada Selasa ini.”

Advertisements

Dalam pada itu, jurulatih kelahiran Mexico ini percaya bahawa setiap pasukan memiliki kelebihan dan kekurangan sendiri. Ketika ini beliau akan lebih memfokuskan kepada proses pemulihan pemain kerana berbaki tiga hari sahaja sebelum perlawanan akhir bermula. 

Jurulatih berusia 42 tahun ini percaya bahawa persiapan dari aspek taktikal tidak banyak boleh diterapkan kepada para pemain JDT kerana barisan pemain sudah memahami apa yang perlu dipersembahkan di atas padang. 

“Masing-masing tahu kekuatan dan kelemahan yang ada. Buat masa ini saya mahu tumpukan proses pemulihan pemain tatkala aksi final semakin hampir dan kami tidak mempunyai rehat yang mencukupi.

Advertisements

“Ia penting bagi memastikan pemain JDT bersedia menentang KL City FC. Aspek taktikal tidak banyak boleh dilakukan sebaliknya pemain sudah memahami apa yang harus dipraktikkan apabila beraksi di padang,” kata Mora kepada Berita Harian.

Pasukan Johor Darul Ta’zim akan bertembung dengan pasukan KL City FC bagi perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 30 November ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram