Benjamin Mora Puji Aksi Tak Reti Penat Pemain Terengganu ‘Melawan’ JDT
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Jurulatih pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora mengakui bahawa pasukannya berdepan tugas yang cukup sukar sebelum berjaya memungut tiga mata ketika berdepan Terengganu semalam.

Menurut satu kenyataan, Mora menghamburkan pujian yang tidak terhingga kerana para pemain lawan menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang 90 minit permainan.

Bukan itu sahaja, beliau juga mengakui bahawa pasukan kendalian Nafuzi Zain dilimpahi dengan para pemain yang cukup berbakat.

Advertisements

“Saya tidak boleh berbohong yang Terengganu merupakan sebuah pasukan yang mantap dan punyai ramai pemain baik selain kekuatan di bahagian tengah.’

‘Mereka juga begitu baik semasa situasi memegang bola malah sering kali dapat mencari kombinasi yang dimahukan selain penyerang, Kpah Sherman cukup kuat serta berbahaya.’

Malah, jurulatih kelahiran Mexico itu menjelaskan, beliau memuji penerapan yang dilakukan oleh pengendali Terengganu, Nafuzi Zain yang mahu pasukannya bermain dengan berani di Stadium Sultan Ibrahim malam semalam.

Advertisements

‘Pujian kepada jurulatih Nafuzi Zain dan saya hormat kepada pasukan yang mahu bermain bola sepak dan tidak membuang masa dalam permainan.’

‘Mereka melawan dengan penuh bermaruah dan kalah 1-2, mereka sangat hampir untuk mendapatkan sesuatu dalam perlawanan ini dan tuah menjadi milik kami,’ -Jelasnya dalam satu temubual.

Kemenangan tersebut menyaksikan JDT berjaya memungut mata maksimum 12 mata selepas 4 perlawanan selain baru sahaja bolos 1 gol setakat ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram