Benjamin Mora: Tiada Beza Menang 1-0 Atau 10-0, Tetap Kutip 3 Mata
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Menjadi pasukan pilihan dan merupakan juara bertahan sentiasa menjadi satu bebanan yang perlu ditanggung oleh semua pemain Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pada perlawanan kelmarin, JDT terpaksa menggunakan kudrat berlebihan apabila diberi tentangan sengit oleh PJ City sebelum mencatatkan kemenangan tipis 1-0 ke atas kelab yang menggunakan 100% anak tempatan itu.

Gol tunggal JDT dijaringkan oleh pemain import dari Argentina, Gonzalo Cabrera hasil rembatan jarak jauh seawal minit ke-3 perlawanan.

Advertisements

Walaupun hanya menang tipis, pengendali JDT, Benjamin Mora berpuas hati dengan aksi yang ditampilkan anak buahnya dan misi untuk memungut 3 mata penuh tercapai.

“PJ City membuktikan mereka mampu menyaingi JDT menjadikan permainan di tahap intensiti tinggi. Nasib kami baik apabila memperoleh gol jaringan dari luar kotak penalti setelah berdepan kesukaran untuk merobek benteng pertahanan lawan.

“Apa yang mustahak di sini ialah kita berjaya mengutip mata penuh dan saya sangat berpuas hati dengan aksi pemain. Bagi saya, kepuasan diukur bukan berapa jumlah jaringan tetapi tentang memberikan segalanya atas padang, mempamer persembahan terbaik dan mengikut arahan taktikal dirancang.

Advertisements

“Ada masanya kita menang dengan jaringan besar dan ada masanya tidak. Jadi, bagi saya tidak ada bezanya menang 1-0 atau menang 10-0, kita tetap mengutip tiga mata,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan.” Katanya kepada Kosmo.

JDT kini berada di tangga teratas Kumpulan D Piala Malaysia dengan 6 mata penuh selepas 2 perlawanan diikuti Sabah FC (2 mata) manakala PJ City dan Kelantan FC mengutip 1 mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram