Advertising
Beregu Lelaki Ke-4 Dunia Puji Wei Chong-Kai Wun
UltraSukan
Badminton Indonesia
Sponsors

Beregu lelaki utama Indonesia, Fajar Alfian-Rian Ardianto memberi pujian penuh buat pasangan Malaysia, Man Wei Chong-Tee Kai Wun.

Kedua-dua pasangan bertemu di aksi final Indonesia Masters pada Ahad lalu yang menyaksikan Wei Chong-Kai Wun tampil cemerlang menumbangkan Fajar-Rian untuk muncul sebagai juara.

Ad

Dalam pertarungan yang dinantikan itu, Wei Chong-Kai Wun mempamerkan persembahan memukau untuk mengejutkan beregu pilihan tuan rumah tersebut 21-11, 21-19 dalam masa 38 minit.

Ad

Menurut Fajar, corak permainan Wei Chong-Kai Wun amat luar biasa dengan sifat agresif selain kelajuan yang dimiliki menjadikan mereka pasangan yang sedang meningkat naik ketika ini.

”Mereka dari awal sangat agresif dan miliki kelajuan dan kekuatan pukulan yang luar biasa. Mereka pemain muda yang sedang menonjol,” kata Fajar Alfian menurut laporan Antara News.

Ad

Tambah beliau, mereka sudah berusaha sehabis mungkin untuk menyaingi permainan Wei Chong-Kai Wun namun beregu dari Malaysia tetap beraksi dengan lebih baik di aksi final itu.

Ad

“Kami bukan tidak cuba, tetapi mereka memang bermain dengan sangat baik dan kami bermain di luar jangkaan. Kami mahu bermain seperti ini, tetapi sukar untuk melakukannya.”

Ad

Kejayaan hebat Wei Chong-Kai Wun muncul juara Indonesia Masters ini telah meningkatkan kedudukan ranking mereka ke tangga ke-13 dunia ketika ini.

Ini bagaikan satu petanda baik buat naib juara Indonesia Open 2024 ini untuk menembusi kelompok 10 terbaik dunia tidak lama lagi.