Bergson Pecahkan Rekod Kelab & Liga Super Sekaligus
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Penyerang sensasi pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva kembali meniti di bibir peminat apabila sekali lagi memecahkan dua rekod sekaligus membuktikan antara penyerang terbaik di Liga Malaysia ketika ini.

Pemain kelahiran Brazil ini tiba di JDT musim lalu memberikan impak yang cukup luar biasa terhadap jentera serangan pasukan.

Beliau turut membentuk gandingan yang cukup baik bersama rakan sepasukan terutamanya bersama pemain kelahiran Argentina, Fernando Forestieri.

Advertisements

Bergson sekali lagi mencuri tumpuan apabila mencetuskan sensasi dengan meeldak gol ke-27 saingan Liga Super musim ini sungguhpun Harimau Selatan sudah pun dinobatkan selaku juara liga.

Dua gol menentang Kedah Darul Aman di Stadium Sultan Ibrahim tempoh hari mengesahkan status penjaring terbanyak Liga Super setakat ini dengan 27 gol.

Rekod ini telah pun memecahkan catatan sebelumnya dengan 26 jaringan sejak Liga Super diperkenalkan pada tahun 2004.

Advertisements

Bukan itu sahaja, bekas pemain Gremio ini hanya memerlukan dua musim untuk menempatkan diri selaku penjaring terbanyak sepanjang zaman kelab.

Beliau kini mengumpul 67 gol secara keseluruhannya dalam semua kejohanan sekaligus mengatasi rekod yang dipegang oleh bekas pemain sensasi JDT, Gonzalo Cabrerra dengan 66 gol.

Bergaon dijangka terus mencetuskan fenomena dengan satu lagi pertemuan berbaki menentang Sabah FC di laman sendiri sebelum memasuki fasa Piala Malaysia hujung tahun ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram