Advertising
Bergson Tak Tolak Kemungkinan Wakili Harimau Malaya
MakanBola
Johor Southern Tigers

Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva tidak menolak kemungkinan memperkuat Harimau Malaya seandainya khidmat beliau diperlukan.

Nama penyerang berusia 33 tahun itu cukup dikenali dalam kalangan peminat bola sepak negara. Bisanya di depan gol membantu JDT meraih pelbagai kejuaraan termasuk merangkul empat trofi pada 2022 dan 2023.

Ad

Ini terbukti dengan 135 gol dan 26 bantuan gol dalam 125 perlawanan sejak menyertai Harimau Selatan pada musim 2021.

Ad

Kini, DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor mendedahkan nama Bergson antara calon pemain naturalisasi baru yang berpotensi memperkuat Harimau Malaya.

Apabila ditanya tentang kemungkinan tersebut, bekas penyerang Fortaleza itu mengakui bersedia menyahut peluang mewakili skuad kebangsaan. Ini kerana Bergson menganggap Malaysia seperti rumahnya sendiri.

Ad

Pada masa sama, beliau menyerahkan kepada Tunku Ismail untuk menentukan apa yang terbaik buat dirinya.

Ad

“Anda menjumpai cara terbaik untuk saya dan Harimau Malaya. Saya sentiasa di sini kerana macam saya katakan, saya rasakan di sini (Malaysia) macam rumah sendiri.

Ad

“Tapi saya pasti bos (Tunku Ismail) akan putuskan apa keputusan terbaik untuk kita. Saya percayakan baginda dan saya sayangkan negara ini,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Bergson membantu JDT mara ke separuh akhir Piala Malaysia 2024/25 dengan menyingkirkan juara edisi 2021, KL City FC.

JDT meraih kemenangan 4-0 untuk mara dengan keputusan agregat 6-1. Gol Bergson, Arif Aiman Hanapi dan Juan Muniz memastikan kemaraan Harimau Selatan.