“Berhenti Salahkan Pengadil…”: Arteta
EPL
Arsenal/Press Association
Advertisements

Apabila Gabriel Martinelli mengutip kad merah pada babak kedua perlawanan EPL Wolves vs Arsenal minggu lepas, ia merupakan kad merah ke-15 dikutip dalam era pengurus Mikel Arteta. Arsenal juga mencipta sejarah sebagai pasukan EPL pertama mengutip 100 kad merah.

Kegagalan mengawal disiplin sepanjang perlawanan amat merungsingkan Arteta. Walaupun ada keputusan kad merah diragui seperti kad merah yang diterima Martinelli minggu lepas, itu bukan alasan untuk tidak mengawal disiplin sepanjang permainan. Jika dibiarkan, aspirasi tempat keempat dan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) Arsenal akan terancam.

Bagi Arteta, isu ini perlu diselesaikan segera kerana ia sudah memberi kesan terhadap keputusan perlawanan. Kad merah kepada Gabriel menyumbang kepada kekalahan 2-1 Gunners di tangan Manchester City di Stadium Emirates. Sementara kebodohan Granit Xhaka menjadi punca Arsenal dibelasa Citizens pada awal musim ini.

Advertisements

Arteta berkata, “Jangan cuba salahkan pengadil. Kita perlu percaya bahawa pengadil perlu menjalankan tugas mereka dan kita juga perlu menjalankan tugas kita, itu sahaja.” Mentaliti ini perlu diterjemah dalam bentuk disiplin berhemah untuk perlawanan EPL mereka menentang Brentford malam ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram