Hafizal Hamad: Beri Mereka Peluang Sarung Jersi Harimau Malaya
Dunia
Instagram: @officialpenangfc
Advertisements

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh wartawan dan pengacara terkenal, Hafizal Hamad, beliau menegaskan bahawa tiga pemain yang mengetuai jentera tengah pasukan Penang FC ini sememangnya konsisten untuk memperagakan aksi terbaik pada musim ini.

Beliau juga turut menyatakan bahawa gandingan antara Endrick Dos Santos, David Rowley dan juga Khairu Azrin menjadi tunjang kepada kemenjadian taktikal dan keampuhan aksi yang ditunjukkan di atas padang.

Malah, bekas pertahanan pasukan Selangor dan juga kebangsaan, Shahrom Kalam dalam Nadi Bola itu jentera tengah pasukan Penang FC dilihat sangat konsisten dan pujian harus diberikan terutamanya kepada Khairu Azrin yang bekerja keras di atas padang.

Advertisements

Tambahan pula, Shahrom dan juga Asmawi bersependapat bahawa pemain berusia 30 tahun ini sudah layak untuk mengetuai jentera tengah pasukan negara pula.

‘Saya tidak faham kenapa peluang tidak pernah hadir buat mereka.’-Jelas Shahrom.

Khairul Azrin juga dilihat sebagai pemain tengah yang paling banyak memenangi perebutan bola pada musim ini.

Advertisements

Pemain yang mesra disapa ‘Achong’ ini juga merupakan antara pemain yang kerap diturunkan oleh Thomas Trucha pada musim ini. Beliau telah beraksi sebanyak 15 perlawanan dan berjaya menghasilkan dua bantuan gol setakat ini.

Tambah Hafizal, Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe perlu memberi ruang buat muka-muka baharu untuk membarisi pasukan kebangsaan.

‘Coach (Tan Cheng Hoe) mungkin boleh memberi ruang kepada Achong (Khairul Azrin) sangat besar buat Penang FC dari awal musim bemula.’

Advertisements

Beliau turut menegaskan bahawa setiap pasukan yang ingin menewaskan pasukan Penang FC perlulah menguasai bahagian tengah padang dan tidak membiarkan mereka mengawal perlawanan.

Sehingga kini, Endrick Dos santos telah menjaringkan 3 gol dan mencipta 10 bantuan gol sekaligus menjadikan beliau sebagai pencipta peluang gol terbanyak pada musim ini.

Endrick juga pernah dimaklumkan oleh Duli Yang Amat Mulia, Tunku Mahkota Johor (TMJ) bahawa beliau bakal dinaturalisasikan bersama-sama Gonzalo Cabrerra pada tahun 2022.

Advertisements

David Rowley juga unggul dalam melengkapkan trio pasukan ini apabila telah beraksi dalam 19 perlawanan secara keseluruhan musim ini dan menjaringkan 3 gol.

Kini, pasukan Penang Fc berada pada kedudukan ke-4 dengan saingan berbaki 2 perlawanan sahaja untuk penentuan perebutan pasukan di tangga kedua liga masih terbuka.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram