Beri Kim Pan-gon Masa, Tapi Jangan Biar Dia Terlalu Selesa Tanpa Tekanan
Dunia
Edward Wong/South China Morning Post
Advertisements

Pelantikan jurulatih Harimau Malaya yang baharu, Kim Pan-gon pastinya memberikan satu kelainan buat industri bola sepak Malaysia kerana ini merupakan kali pertama jurulatih dari Korea Selatan melatih pasukan bola sepak negara.

Pan-gon dikhabarkan bakal membawa 4 pembantu untuk sama-sama ‘membina’ semula skuad Harimau Malaya yang kelihatan semakin hilang taring sejak kebelakangan ini.

Bekas pengendali skuad kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan berkata, banyak perkara yang perlu diperbaiki di dalam skuad negara termasuklah dengan menilai semula pemain yang benar-benar berkualiti untuk menyarung jersi negara kelak.

Advertisements

“Sudah tentu kita tidak boleh lihat kejayaan dengan cepat selepas pelantikan Pan-gon kerana ia bukan satu tugas mudah buat dirinya kerana banyak kerja yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.

“Berikan dia sedikit masa untuk lakukan perubahan kepada pasukan kebangsaan. Tetapi dalam masa yang sama jangan bagi dia terlalu selesa tanpa tekanan sangat.

“Sebab kita takut jika dia terlalu selesa dengan tugasnya, dia tidak akan dapat buat dengan baik dan akan merugikan pasukan kebangsaan itu sendiri,” katanya kepada Sukan Sinar pada Sabtu.

Advertisements

Nama Kim Pan-gon sebelum ini disebut-sebut untuk menjadi jurulatih baharu Harimau Malaya selepas pengendali sebelum ini, Tan Cheng Hoe melepaskan jawatan gara-gara gagal mencapai sasaran FAM ke final Piala AFF Suzuki 2020.

FAM mengikat Kim Pan-gon dengan kontrak selama 2 tahun dan FAM tidak meletakkan sebarang sasaran sasaran buat beliau dalam melatih skuad bola sepak negara.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram