“Berikan Yang Terbaik Demi Bangsa Malaysia” – Saddil Ramdani
AFC Cup
Sabah FC
Advertisements

Kemenangan berharga 4-1 Sabah FC ke atas Hai Phong dalam saingan Piala AFC semalam meletakkan Sabah kini berada di puncak Kumpulan H dengan 9 mata terkumpul.

Antara watak yang memainkan peranan penting dalam kemenangan besar itu adalah pemain sayap lincah Indonesia, Saddil Ramdani.

Ketika ditemubual selepas perlawanan, Saddil meluahkan rasa teruja dengan aksi Sabah dan turut mengakui beruntung mempunyai jurulatih hebat seperti Datuk Ong Kim Swee.

Advertisements

“Saya sendiri masih belum puas hati. Banyak rintangan di hadapan yang perlu kami jelajahi, yang perlu kami belajar dan kami pertingkatkan. Kami mempunyai skuad yang mempunyai kerjasama yang baik.

“Kami memiliki satu tujuan. Fokus. Jurulatih kami juga (Datuk Ong Kim Swee) mempunyai kualiti. Kami bersyukur kerana jurulatih kami mampu membimbing kami ke jalan agar kami memahami taktik dan membaca permainan pihak lawan,” jelas Saddil kepada Astro Arena.

Dalam pada itu, Saddil juga mahu menghadiahkan kemenangan ini kepada rakyat Malaysia dan terutamanya penyokong Sabah.

Advertisements

“Saya harap pada masa akan datang, kami akan terus memberikan yang terbaik demi bangsa Malaysia, kelab kebanggaan Malaysia dan tentunya negeri Sabah itu sendiri,” luah Saddil lagi.

Dalam aksi berdepan Hai Phong, Saddil beraksi sepanjang 88 minit permainan dan merekodkan dua bantuan gol.

@fariszukeiman

Ada sebab mengapa Elias Dolah memilih Thailand berbanding Malaysia. Info lanjut di @MakanBola #MakanBola #Malaysia #EliasDolah #Thailand #Changsuek #HarimauMalaya

♬ suara asli – 𝐌 𝐀 𝐗 🎧 – 𝑳 𝒊 𝒏 𝒉 ✨

Selain membantu Darren Lok menjaringkan gol kedua Sabah, Saddil juga memberikan bantuan gol untuk gol ketiga Sabah yang dijaringkan Gabriel Peres.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram