Advertisement
BG Pathum ‘Lamar’ Chanathip Songkrasin
Asia Tenggara
MakanBola
Kawasaki Frontale

Selepas menamatkan Thai League 1 musim lepas di tangga kesembilan, BG Pathum United mahu menambahbaik pencapaian mereka pada musim hadapan. Untuk itu, The Rabbits telah menyatakan minat untuk menyambar pemain perancang Thailand, Chanathip Songkrasin.

Perkara ini didedahkan oleh wartawan sukan Thailand, Ta Lao menerusi akaun Twitternya hari ini. Difahamkan BG Pathum bersedia mendapatkan Chanathip dari kelab J-League 1, Kawasaki Frontale menerusi perpindahan tetap.

Perpindahan ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan lebih-lebih lagi bekas pemain tengah Consadole Sapporo itu gagal mendapatkan minit permainan yang kerap bersama Frontale.

Musim ini, Chanathip hanya merekodkan enam penampilan bersama kelab itu dalam semua kejohanan dengan satu gol.

Sekiranya keadaan ini berterusan, ia bakal mengancam kedudukannya dalam pasukan kebangsaan Thailand lebih-lebih lagi dengan Piala Asia 2023 bakal berlangsung pada tahun hadapan.

Justeru, Chanathip pastinya berharap rundingan antara kedua-dua kelab berjalan lancar dan membolehkannya memuktamadkan perpindahan tersebut.