Malaysia
Sabah FC
Advertisements

“Biarlah mahkamah mengadili dan menegakkan keadilan”, jawapan daripada  pemain pertahanan Sabah FC, Rizal Ghazali selepas beliau yang telah didakwa mahkamah Majistrest atas pertuduhan memukul dan merosakkan telefon bimbit teman wanitnya pada awal bulan Jun yang lalu. 

Bagaimanapun, pemain berusia 31 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibuat di Mahkamah Majistret tempoh hari. 

Bekas pemain kebangsaan itu tampil memberi kenyataan di laman media Instagram Story miliknya semalam. Beliau menjelaskan lagi bahawa beliau tidak mahu mengaibkan sesiapa kerana aib adalah satu amanah. 

Advertisements

Tambahnya, beliau turut mengakui mempunyai bukti yang sebenar. Namun, beliau tiada niat untuk mewar-warkanya. 

“Jai ada banyak bukti, tetapi Jai tidak akan membuka aibnya, biarlah Mahkamah mengadili dan menegakkan keadilan. Aib seseorang itu amanah, “ jelasnya di laman media Instagram Story.

Sebelum ini, pemain pertahanan itu telah disisihkan untuk aksi LS14 Liga Super.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram