Bintang-Bintang JDT Meriahkan Majlis Berbuka Puasa Bersama Penyokong
Inspirasi
Johor Southern Tigers
Advertisements

Beberapa penyokong Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) bertuah kerana berpeluang berbuka puasa bersama bintang-bintang kesayangan mereka semalam.

Penyokong-penyokong ini diraikan dalam satu majlis berbuka puasa anjuran IKEA Tebrau dengan kerjasama Harimau Selatan semalam.

10 penyokong ini merupakan pemenang cabutan bertuah yang dibuat IKEA bagi pelanggan yang membeli produk kelengkapan rumah di IKEA Tebrau dengan belanja minimum RM500 dari 16 hingga 25 Mac 2024.

Advertisements

Antara bintang JDT yang memeriahkan majlis berbuka puasa istimewa itu semalam ialah Feroz Baharuddin, Bergson da Silva, Hong Wan dan Safiq Rahim.

Bintang baru Harimau Selatan berdarah Syria-Argentina, Jalil Elias turut hadir dalam majlis sama.

Penyokong bertuah bukan saja berpeluang makan dan beramah mesra dengan barisan pemain yang hadir. Malah, mereka juga berpeluang bergambar bersama-sama untuk dijadikan sebagai kenangan.

Advertisements

Inisiatif yang digerakkan IKEA Tebrau dan JDT ini turut mendapat sambutan baik di platform media sosial.

Ini kerana ini menunjukkan pengurusan Harimau Selatan tidak putus-putus berhubung dengan penyokong meskipun musim baru Liga Super bakal bermula pada Mei ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram