Bintang EPL Puji Makan Konate
MakanBola
PA Images/Sipa USA
Sponsors

Pemain tengah pasukan Brighton & Hove Albion, Yves Bissouma telah mendedahkan bahawa beliau sering mengikuti perkembangan rakan senegaranya yang beraksi di Liga Super Malaysia iaitu Makan Konate.

Bissouma yang baru sahaja berusia 25 tahun itu bagaimanapun menjelaskan bahawa beliau tidak begitu mengenali pemain yang berkelana bersama pasukan Terengganu itu namun sesekali menonton aksinya di Malaysia.

Ad

‘Saya pernah melihat beliau namun saya tidak mengenalinya secara dekat.’

Ad

Kedua-dua pemain ini merupakan pemain bintang yang dimiliki oleh pasukan kebangsaan Mali setelah Konate juga turut dipanggil baru-baru ini untuk menggalas tugas bersama skuad kebangsaannya.

Sambil itu, beliau turut menjelaskan bahawa Konate ialah seorang pemain yang mempunyai kualiti yang sangat baik ketika diberi peluang untuk beraksi di atas padang selain mempunyai perwatakan yang cukup disegani.

Ad

Ketika ditanya mengenai cara permainan rakan senegaranya itu, beliau mengakui sering mendengar perkhabaran pemain itu dan betapa besarnya kualiti yang dimiliki olehnya dapat membantu kecemerlangan bersama Mali.

Ad

‘Mali telah memanggilnya untuk beraksi dan itu menunjukkan bahawa beliau (makan konate) merupakan seorang pemain yang sangat bagus,’-Jelasnya kepada Stadium Astro.

Ad

Ketika ini, kedua-dua pemain ini sedang menikmati prestasi yang sangat baik bersama pasukan masing-masing.

Bissouma cemerlang membantu pasukannya bersaing di Liga Perdana Inggeris (EPL) setelah diturunkan dalam kesemua perlawanan musim ini dan berjaya mencetak 1 bantuan gol.

Beliau yang boleh beraksi di mana-mana bahagian tengah kini menjadi nadi pasukan yang berada di tangga keenam liga dengan 13 mata.

Makan Konate pula menjadi watak penting dalam membantu Terengganu untuk menamatkan saingan Liga Super di tempat keempat selain mengerah keringat untuk mencatat kemenangan pertama dalam saingan Piala Malaysia menentang Kuching City FC.