Jeneral tengah Equatorial Guinea, Pablo Ganet dilaporkan semakin hampir menyertai KL City FC.
Ini selepas wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi memaklumkan pasukan Lembah Klang itu semakin hampir memuktamadkan perpindahan tersebut.
“Bintang tengah Equatorial Guinea, Pablo Ganet hampir pasti memperkuatkan Kuala Lumpur City bagi harungi saingan Liga M musim 2025/26.
“Ganet pernah cipta sensasi menerusi sepakan percuma cantik ketika pasukannya menewaskan Ivory Coast dalam saingan AFCON 2023,” katanya di X.
Sekiranya perpindahan ini direalisasikan, ini bukan kali pertama Ganet beraksi di Asia. Ini kerana beliau pernah beraksi untuk kelab Oman, Saham Club dan kelab Kuwait, Kazma SC.
Ganet juga pernah beraksi untuk Real Murcia, Alcoyano, Merida, Ittihad Tanger, Algeciras CF, San Roque Lepe dan skuad remaja Real Betis.
Beliau juga merekodkan 46 penampilan dan lima gol untuk Equatorial Guinea di peringkat antarabangsa.
Sebelum ini, KL City turut dikaitkan dengan perpindahan beberapa pemain Harimau Malaya. Antaranya Safawi Rasid dan Syamer Kutty Abba.