Bintang Import JDT, Moussa Sidibe Sertai Persis Solo Di Liga 1 Indonesia
Transfer
Persis Official
Advertisements

Pemain Import Johor Darul Ta’zim (JDT), Moussa Sidibe telah pun melengkapkan perpindahan ke kelab Liga 1 Indonesia, Persis Solo.

Bintang berusia 28 tahun itu telah pun dipinjamkan oleh Harimau Selatan ke kelab Liga 1 Thailand, Ratchaburi FC bersama Safawi Rasid bagi saingan musim ini.

Beliau memainkan peranan yang cukup hebat apabila menjadi watak penting di bawah kendalian Xavi Moro di sana.

Advertisements

Nasib beliau di JDT bagaimanapun kelihatan samar apabila lebih kerap beraksi bersama pasukan simpanan sekaligus menyebabkan beliau membawa haluan baharu.

Menerusi satu pengumuman rasmi oleh Persis Solo, pemain kelahiran Mali ini bakal memperkuatkan jentera pasukan bagi saingan musim baharu.

Pemain yang pernah beraksi di kelab besar La Liga seperti UD Ibiza ini ditagih untuk memacu jentera serangan Laskar Sambernyawa dalam saingan sengit di Indonesia.

Advertisements

Sidibe beraksi sebanyak 9 perlawanan bersama Ratchaburi dan hanya merekodkan satu bantuan gol sahaja.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram