Bintang Korea Selatan, Kim Min-jae Sudah Tak Berminat Wakili Negaranya
MakanBola
Officialsscnapoli
Sponsors

Bintang Korea Selatan, Kim Min-jae mengeluarkan satu kenyataan dimana beliau selepas ini mahu fokus pada kelabnya berbanding sertai pasukan kebanggsaan.

Kenyataan itu dibuat selepas tamat perlawanan persahabatan Korea Selatan menentang Uruguay yang berkesudahan dengan kekalahan 1-2. 

Ad

Pemain berusia 26 tahun ini turut beraksi ketika menentang Colombia yang berkesudahan seri 2-2 turut dalam aksi persahabatan antarabangsa tempoh hari.

Ad

Bintang Korea Selatan itu kini berada dalam prestasi terbaik bersama Napoli ketika ini. Beliau merupakan tonggak utama pasukan.

Ad

“Ia tidak (kerana khabar angin perpindahan).  Ia sukar dari segi bola sepak, dan ia sukar dari segi fizikal. Saya mahu fokus kepada kelab saya dan bukannya pasukan kebangsaan.  Saya tidak boleh mengatakan bahawa ia telah dibincangkan. Tetapi saya bercakap (dengan KFA)… saya tiada apa-apa lagi untuk diperkatakan sekarang..” katanya dipetik daripada Football Asian.

Ad

Meskipun begitu, pastinya ada sebab beliau mengeluarkan kenyataan seperti itu. Hal ini kerana beliau menyatakan bahawa ketika ini dirinya penat dari segi fizikal dan mental serta mahu fokus pada satu perkara sahaja.

Ad

Pemain pertahanan Napoli ini kini diburu beberapa kelab gergasi EPL kerana kecermerlangannya mengemudi benteng pertahanan pasukan. Beliau juga berjaya membawa Napoli layak ke pusingan suku akhir bagi Liga Juara-Juara Eropah musim ini.

Untuk rekod, Min-jae sudah beraksi bersama Napoli sebanyak 26 perlawanan termasuk 8 perlawanan dalam saingan Liga Juara-Juara. Beliau berjaya menjaringkan dua gol dan mencatat satu bantuan gol dalam kesemua saingan.