Bintang Liverpool Lepaskan Peluang Bercuti, Santuni Warga Miskin Afrika

Cody Gakpo Togo @Nelsonnel167 TikTok Bintang Liverpool Lepaskan Peluang Bercuti, Santuni Warga Miskin Afrika
@Nelsonnel167
Azim Noor @mohdazim45
2:53pm 24/06/2023

Selepas tamat kempen antarabangsa bersama Belanda, Cody Gakpo tidak bercuti seperti pemain-pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) lain. Sebaliknya, penyerang Liverpool itu bertolak ke Togo bagi menyantuni dan memberi makan warga miskin di sana.

Perancangan ini akhirnya dapat direalisasikan Gakpo yang ingin berhubung sanak-saudara yang berada di negara itu. Dalam video yang dimuatnaik ESPN NL, penyerang Reds itu tidak kekok mengagihkan makanan kepada penduduk-penduduk miskin di situ.

Malah, sebelum bekas penyerang PSV Eindhoven itu mewakili Belanda, beliau mempunyai pilihan untuk mewakili skuad kebangsaan Togo.

Bagaimanapun, pada akhirnya, Gakpo memilih mewakili Oranje. Dalam temubual bersama Elf Voetball, beliau menyatakan keinginan untuk melihat Togo.

“Abang saya sudah ke Togo seperti adik saya. Cuma saya saja belum. Melawat Togo berada pada kedudukan tinggi senarai keinginan saya.

“Tetapi (mencari) masa untuk pergi… Ia sukar untuk pemain bola sepak terutama untuk tugasan antarabangsa dalam merancang percutian yang lebih panjang.

“Saya memang mahu pergi. Mungkin saya takkan singgah di Ibiza pada musim panas ini, haha,” katanya sambil tergelak.

Dikhabarkan Gakpo sedang menilai kemungkinan mengadakan projek kebajikan di Togo. Jika ini dapat direalisasikan, ia sudah pasti memperkukuh hubungan penyerang Belanda itu dengan negara keluarganya itu.