Kenapa Ibu Achraf Hakimi Urus Kewangan Hingga Kini?
MakanBola
Paris Saint-Germain

Pemain pertahanan Paris Saint-Germain (PSG), Achraf Hakimi akhirnya mendedahkan sebab ibunya, Saida Mouh menguruskan kewangan beliau sehingga hari ini.

Sporting Tribune melaporkan Saida telah menguruskan kewangan kapten Maghribi itu sejak beliau menjadi pemain profesional dari muda lagi.

Hakimi melihat hal ini berkait dengan permulaan kariernya sebelum mencecah usia 18 tahun. Bagi mana-mana pemain yang beraksi sebelum usia berkenaan, mereka tidak memiliki akses kepada akaun bank.

Justeru, urusan kewangan mereka dikendalikan oleh ibu bapa atau penjaga mereka. Hakimi tidak melihat itu sebagai satu isu kerana ini membantu beliau membuat perancangan kewangan yang baik berbekalkan nasihat dan panduan ibunya.

“Sebelum anda berumur 18 tahun, anda tidak boleh menggunakan akaun bank. Jadi, ibu saya yang menguruskan semuanya.”

“Memandangkan keadaan berjalan lancar, saya kata, mari kita kekalkan aturan perkara seperti ini. Setiap kali ia lebih berjaya, anda tahu, ibu ialah ketua rumah.

“Saya pernah beritahu anda sebelum ini, bos dan penaung. Dia mengawal segalanya dan kami bercakap dengannya tentang segalanya. Jadi, dia bertanggungjawab untuk segalanya,” katanya.

Hakimi banyak merujuk kepada ibunya bukan saja dari segi nasihat kewangan. Malah, bekas pemain Inter Milan itu juga meminta nasihat dari segi pengurusan aset termasuk pembelian rumah dan kereta.

“Sejak saya kecil, seperti yang saya katakan, semasa saya dalam bola sepak, saya selalu mengambil wang tetapi saya tak pandai menguruskannya,” kata Hakimi.

“Ibu saya yang menguruskan semua itu. Saya selalu belajar daripada dia cara melakukan sesuatu. Dialah yang membantu saya selesaikan banyak perkara, anda tahu? Jadi saya selalu bertanya apa sahaja kepadanya,” tambahnya.

Hakimi kini fokus membantu PSG selepas selesai mengharungi kempen Piala Dunia 2026 bersama Maghribi.