Bintang Manchester United Dalam Kocek Asnawi Mangkualam
Asia Tenggara
PSSI
Advertisements

Kapten timnas Indonesia, Asnawi Mangkualam memperkenalkan dirinya dengan cara terbaik kepada bintang Manchester United, Alejandro Garnacho.

Pemain berusia 23 tahun itu menjadi pilihan Shin Tae-yong untuk mengemudi bahagian kanan pasukan telah beraksi dengan cukup memberangsangkan.

Kelibat pemain Jeonnam Dragons ini jelas memberi masalah kepada jentera serangan La Albiceleste yang datang dari bahagian kanan padang.

Advertisements

Beliau membuktikan bahawa pendedahan Liga Korea telah membantunya untuk menjadi pemain yang lebih baik ketika bersama skuad kebangsaannya.

Asnawi telah membuat Nicolas Gonzalez tercungap-cungap untuk melepasi kawalan beliau.

Perkara ini dikesan oleh pengendali Argentina, Lionel Scaloni yang melakukan pertukaran dengan memasukkan pemain sayap United, Garnacho.

Advertisements

Keadaan ini kekal tidak berubah dengan ‘work rate’ tinggi yang ditampilkan oleh Asnawi telah menyekat kemaraan gerakan lincah pemain tersebut.

Perjuangan 90 minit pemain kelahiran Makassar ini amat bermakna untuk membuktikan bahawa bakat muda di Asia Tenggara sedang meningkat naik.

Perkara ini mendapat perhatian ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong yang memuji persembahan keseluruhan pasukannya.

Advertisements

“Bukan hanya Asnawi yang main bagus malam ini, tetapi adanya juga aksi yang baik dari rakan sepasukan Asnawi.”

“Maka dengan itu aksi Asnawi kelihatan lebih menonjol, jadi para pemain bekerja keras hingga akhir perlawanan dan layak mendapat pujian,” ujar beliau.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram