Bintang Manchester United Tunjuk Bakat Anyam Ketupat
MakanBola
Malaysia Airlines

Tiga bintang Manchester United berpeluang menunjukkan bakat mereka menganyam ketupat.

Trio tersebut ialah kapten, Bruno Fernandes dan dua tonggak pertahanan, Luke Shaw dan Mathijs de Ligt.

Ini merupakan sebahagian daripada video promosi syarikat penerbangan Malaysia, Malaysia Airlines sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Video yang berdurasi hampir 90 saat itu menunjukkan Fernandes dan Shaw bergelut untuk menghasilkan ketupat mengikut contoh yang diberikan.

Kesukaran dua tonggak utama United itu menganyam ketupat mencuit hati ramai peminat di platform rasmi Malaysia Airlines.

Kesukaran Fernandes dan Shaw menganyam ketupat sama sekali berbeza dengan prestasi United di atas padang.

Sejak pasukan itu dilatih jurulatih interim, Michael Carrick, United hanya tewas sekali dalam 10 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Terbaru, The Red Devils terlepas peluang melebarkan rentak kemenangan mereka apabila diikat 2-2 dengan Bournemouth.