Dunia
Getty Images
Advertisements

Bayern Leverkusen kini sudah menjumpai bintang muda yang seterusnya selepas beberapa pemain utama mereka berpindah keluar seperti Kai Havertz, Leon Bailey dan Julian Brandt. Pemain bernama Florian Wirtz ini baru berusia 18 tahun namun sudah menjadi pemain utama Bayern Leverkusen.

Florian Wirtz telah mencipta rekod menjadi pemain termuda yang berjaya menjaringkan 10 gol dalam saingan Bundesliga pada umur 18 tahun 4 bulan dan 23 hari menurut Bundesliga. Malah beliau juga merupakan pemain termuda menjaringkan gol dalam sejarah Bundesliga pada umur 17 tahun 34 hari.

wirtz florian Bintang Muda Bayern Leverkusen Ini Dicanang Sebagai Pengganti Kai Havertz
Aksi Florian Wirtz bersama Bayern Leverkusen

Beliau telah memecahkan rekod Kai Havertz selaku penjaring termuda namun kemudian rekod beliau dipecahkan pula oleh Youssoufa Moukoko, penyerang muda Borussia Dortmund.

Advertisements

Pemain ini dicanang sebagai pengganti Kai Havertz kerana beliau bermain diposisi yang sama dengan bintang Chelsea tersebut iaitu sebagai pemain tengah menyerang. Namun ada sebahagian penyokong berpendapat bahawa Florian Wirtz mempunyai kehebatan yang tersendiri dan tidak perlu disamakan dengan Havertz.

Wirtz telah berjaya menjaringkan 4 gol dan mencipta 4 assist dalam 5 penampilan liga pada musim ini. Satu rekod yang luar biasa buat pemain berusia 18 tahun. Malah Wirtz turut dipanggil untuk menyarung jersi kebangsaan Jerman tempoh hari bersama pemain muda yang lain seperti Karim Adeyemi dan Jamal Musiala.

Statistik Wirtz dari Transfermarkt

Musim lalu, Wirtz menjaringkan 5 gol dan 6 assist dalam 29 penampilan liga, namun musim ini beliau berjaya berjaya menjaringkan 4 gol hanya dalam 5 perlawanan sahaja. Satu peningkatan prestasi yang mendadak buat pemain muda Jerman ini malah beliau turut mampu bermain sebagai pemain sayap.

Advertisements

Florian Wirtz dijangka bakal menjadi rebutan kelab-kelab gergasi eropah dalam masa beberapa tahun lagi. Beliau bahkan pernah memberitahu pihak media bahawa beliau ingin bermain untuk kelab Barcelona.

Aksi Wirtz bersama skuad kebangsaan Jerman

Florian Wirtz mempunyai kontrak jangka masa panjang bersama Leverkusen iaitu sehingga tahun 2026 malah beliau turut tidak mempunyai sebarang klausa perpindahan menyebabkan Bayern Leverkusen boleh meletakkan seberapa tinggi harga yang dimahukan kelab untuk melepaskan Wirtz.

Bayern Leverkusen kini berjaya mencungkil satu lagi bakat muda selepas Kai Havertz yang berpindah ke Chelsea dengan harga €85 juta. Berkemungkinan besar Wirtz tidak akan kekal lama di Leverkusen, namun harga perpindahan Wirtz pasti akan menelan kos yang tinggi berdasarkan prestasi semasa pemain muda ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram