Pemain muda Indonesia, Nathanael Siringoringo dilaporkan akan membuat kepulangan bersama pasukan Kelantan FC.
Bintang berusia 23 tahun itu dipinjamkan kepada sebuah pasukan Liga 1 Indonesia, Dewa United bagi saingan musim ini.
Walau bagaimanapun, beliau difahamkan akan kembali ke bumi Che Siti Wan Kembang apabila pemilik kelab, Zamsaham mengesahkan perkara tersebut.
Ini juga memberi gambaran bahawa The Red Warriors hanya mengekalkan khidmat dua pemain import iaitu Belfort dan juga Nathanael.
Pemain pasukan kebangsaan Indonesia ini juga cemerlang beraksi bersama pasukannya apabila telah meledak satu gol selepas 11 penampilan.
Kelantan juga difahamkan kini dalam usaha memantapkan lagi pasukan dengan kemasukan beberapa pemain tempatan dan import berpengalaman bagi saingan Liga Super 2023.
Zamsaham kini dalam misi untuk menjadikan Kelantan pasukan yang disegani semula selain memacu cabaran dengan menggunakan sepenuhnya tenaga kewangan sendiri.