Bintang Real Madrid Tonton Aksi Hebat Liridon Krasniqi
MakanBola
TFC/TIL

Pelukan erat dua pemain ternama, Liridon Krasniqi dan juga tonggak Real Madrid, Antonio Rudiger membawa makna mendalam baru-baru ini.

Tonggak berusia 34 tahun itu kini beraksi di The Icon League – liga bola sepak moden (small-sided football) yang berbeza daripada liga biasa.

Perlawanan yang berlangsung secara tertutup ini menyaksikan pemain yang mesra disapa Matdon ini beraksi bersama pasukan SC Burgeramt.

Perlawanan epik melibatkan pasukannya berlangsung pada malam Selasa dengan sokongan daripada dua bintang ternama dunia, David Alaba dan juga Rudiger bagi memeriahkan perlawanan.

Liridon menjadi tunjang utama pasukannya termasuk berjaya menghasilkan jaringan kemenangan 9-8 ke atas lawan iaitu FC Berlin City.

Matdon dilihat berlari ke arah Rudiger yang berada di tepi gelanggang sambil menghulurkan cermin matanya bagi menyambut jaringan yang dihasilkannya.

Sebagai rekod, Liridon baru sahaja menyertai kelab Switzerland, Rapperswill ll pada bulan Mac 2026 selepas meninggalkan Miami United.