Liridon Krasniqi Kembali Berkelana Ke Switzerland
MakanBola
Terengganu FC

Bekas pemain perancang Terengganu FC, Liridon Krasniqi memilih kembali berkelana ke Switzerland.

Pemain tengah berusia 34 tahun itu mendedahkan beliau menyertai kelab divisyen dua Switzerland, FC Rapperswil-Jona. Perpindahan Liridon turut dikongsikan Harimau Abroad.

Bekas pemain tengah Kedah Darul Aman FC (KDA FC) itu turut menyumbat gol dalam penampilan sulungnya bersama Rapperswil-Jona.

Screenshot 166 Liridon Krasniqi Kembali Berkelana Ke Switzerland

“Baru saja sertai kelab. Perlawanan sulung. Gol pertama. Kemenangan pertama. Persembahan pasukan yang bagus. Selamat datang untuk pengembaraan saya,” katanya di Instagram Story.

Rapperswil-Jona beraksi dalam saingan Challenge League musim 2025/26 selepas meraih kenaikan pangkat dari Promotion League (divisyen ketiga Switzerland) musim lalu.

Liridon dijangka tidak berdepan masalah menyesuaikan diri bersama kelab berkenaan. Ini kerana pemain tengah Kosovo, Lorik Emini turut beraksi untuk Rapperswil-Jona.

Ini kelab Switzerland kedua yang disertai Liridon dalam kariernya. Sebelum ini, beliau juga pernah beraksi untuk FC Schaffhausen II pada tahun 2025.