Dunia
The Guardian
Advertisements

Bekas Presiden FIFA, Sepp Blatter mengakui keputusan untuk memilih Qatar selaku tuan rumah ada satu tindakan yang silap.

Advertisements

Blatter merupakan Presiden FIFA pada 2010 dan menjadi individu yang bertanggungjawab apabila jawatankuasa eksekutifnya secara kontroversi telah memilih Piala Dunia untuk diadakan di Rusia dan Qatar pada 2018 dan 2022.

Walau bagaimanapun, bekas lagenda bola sepak berusia 86 tahun ini memberitahu bahawa beliau tidak mahukan Qatar menjadi tuan rumah Piala Dunia.

Advertisements

Blatter sebenarnya mahu memilih Amerika Syarikat (USA) selaku tuan rumah Piala Dunia 2022 sebagai tanda ‘keamanan’ antara dua blok iaitu Rusia dan Amerika.

“Pemilihan Qatar (menjadi tuan rumah Piala Dunia) adalah keputusan yang silap,” jelasnya kepada surat khabar Switzerland, Tages-Anzeiger.

Advertisements

“Pada ketika itu, kami sebenarnya bersetuju dalam jawatankuasa eksekutif bahawa Rusia harus mendapat Piala Dunia 2018 dan Amerika Syarikat pada 2022.”

“Ia akan menjadi satu isyarat keamanan jika dua kuasa besar politik yang telah lama bersengketa menjadi tuan rumah Piala Dunia satu selepas satunya,” jelas beliau.

Pemilihan Qatar menyaksikan aksi Piala Dunia terpaksa dibawa ke November dan Disember namun Blatter mengambil segala tanggungjawab atas keputusan yang dilakukan.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram