Advertising
Bodo Dinobatkan Juara Liga Norway
MakanBola
FK Bodo/Glimt

Kelab Norway, FK Bodo/Glimt muncul juara Eliteserien 2024.

Kejayaan itu dicapai apabila Bodo/Glimt merekodkan kemenangan besar 5-2 ke atas Lillestrom dalam aksi terakhir Eliteserien pada 2 Disember lalu.

Ad

Kemenangan itu sekaligus memastikan kelab yang diberi jolokan Superlaget itu memiliki 62 mata, tiga mata di hadapan pencabar terdekat, SK Brann.

Ad

Meskipun tewas 3-2 kepada Manchester United dalam saingan Liga Europa UEFA (UEL) pada 29 November lalu, itu bukan halangan buat Bodo/Glimt mencipta kemenangan ke atas Lillestrom.

Lillestrom terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Eric Larsson. Bodo/Glimt kemudiannya membalas menerusi gol Patrick Berg dan Ulrik Saltnes bagi memastikan mereka mendahului 2-1 sehingga rehat.

Ad

Thomas Lehne Olsen memastikan kedua-dua pasukan terikat 2-2 apabila separuh masa kedua bermula.

Ad

Situasi ini mendorong Superlaget meningkatkan tekanan dan menyumbat tiga lagi gol. Penjaring terbanyak Bodo/Glimt, Kasper Hogh dan Jens Petter Hauge mencipta nama sebagai penjaring.

Ad

Kemenangan mereka turut dibantu dengan berita Viking FK berjaya mengikat SK Brann 1-1. Itu sudah cukup memastikan kejuaraan Eliteserien menjadi milik mereka buat kali keempat.

Kini, fokus Bodo/Glimt ialah aksi UEL menentang Besiktas pada 13 Disember dan Maccabi Tel-Aviv pada 24 Januari 2025.