Bojan Hodak: Jadi Jurulatih Malaysia? Syarat Utama, Jangan Kacau Kerja Saya
Dunia
Twitter @klcityfootball
Advertisements

Ketua Jurulatih Kuala Lumpur City FC dan bekas pengendali skuad bawah 19 negara, Bojan Hodak menegaskan bahawa syarat utama untuk beliau menjadi jurulatih Harimau Malaya adalah tiada pihak yang mengganggu kerja beliau.

Semalam, dunia bola sepak tempatan dikejutkan dengan peletakan jawatan Tan Cheng Hoe selaku ketua jurulatih skuad bola sepak negara.

Tindakan Tan Cheng Hoe mengundur diri dari jawatannya dilihat sebagai satu tindakan ‘gentleman’ dan bertanggungjawab ekoran kegagalan skuad Harimau Malaya mencapai sasaran FAM untuk ke final Piala AFF Suzuki 2020.

Advertisements

Nama Bojan Hodak disebut-sebut untuk menjadi pengganti Tan Cheng Hoe dan dilihat sebagai calon yang sesuai selepas beliau dengan cara tersendiri membawa Kuala Lumpur City FC menjulang Piala Malaysia edisi ke-100.

“Semestinya jadi semua ketua jurulatih berminat dengan mengendalikan Harimau Malaya,” kata Hodak.

“Jika saya menerima peranan ini, saya memiliki syarat tersendiri. Saya percaya Malaysia memiliki barisan pemain berkualiti dan berkemampuan untuk melayakkan diri ke Piala Asia.

Advertisements

“Seperti kelab-kelab yang telah saya bimbing sebelum ini, saya tidak mahu sebarang campur tangan kerana itu yang diterapkan dan saya memberikan keputusan untuk pasukan.” jelas Hodak kepada Stadium Astro.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram