Bojan Hodak Jawab Spekulasi Tandatangan Saddil Ramdani
Transfer
MakanBola
Persib Bandung
Advertisements

Ketua Jurulatih Persib Bandung, Bojan Hodak menjawab spekulasi yang bertebaran di alam maya berkenaan perpindahan pemain sayap Sabah FC, Saddil Ramdani ke pasukan kendaliannya itu.

Berita perpindahan Saddil telah dicanang dengan hebat oleh media di Indonesia dengan dua kelab dari Indonesia iaitu Persib Bandung dan Dewa United dikhabarkan berminat untuk membawa Saddil.

Advertisements

Bojan berpendapat Saddil masih memiliki kontrak bersama Sabah dan jawapan ringkas Bojan itu seakan-akan memberi bayangan bahawa Saddil tidak akan berhijrah ke Persib Bandung.

“Saddil memiliki kontrak. Dia masih mempunyai kontrak dengan Sabah FC,” jawab Bojan ringkas seperti yang dilaporkan Wowtribunnews.

Advertisements

Dengan jawapan yang diberikan pengendali dari Croatia itu, kini jelas bahawa seorang lagi pemain yang ingin dibawa masuk ke Persib bukanlah Saddil Ramdani.

Sebelum ini, MakanBola melaporkan Persib akan membawa seorang lagi pemain Indonesia ke dalam pasukan selepas berjaya merekrut Adam Alis.

Advertisements

Identiti seorang lagi pemain yang bakal ke Persib kini sudah diketahui apabila Persib melaporkan bahawa penyerang skuad kebangsaan Indonesia, Dimas Drajad sah menyarung jersi Persib bagi saingan musim baharu kelak.

News Comments Account