Saddil Ramdani Tinggalkan Sabah?
Transfer
MakanBola
Sabah FC
Advertisements

Selepas Ramon Machado, Sabah FC berpotensi kehilangan seorang lagi tonggak import iaitu Saddil Ramdani.

Sejak menyertai Sabah pada 2021, Saddil menjadi pilihan Datuk Ong Kim Swee menjadi sebahagian daripada jentera serangan pasukan itu.

Advertisements

Berdasarkan data terkini Transfermarkt, beliau telah merekodkan 70 penampilan, 16 gol dan 28 bantuan gol untuk skuad Badak.

Kini, portal bola sepak Indonesia, Gosball FC melaporkan khidmat pemain sayap berusia 25 tahun itu diintai juara Liga 1 Indonesia musim 2023/24, Persib Bandung.

Advertisements

Khabar ini turut diperkuatkan dengan pendedahan jurulatih Persib, Bojan Hodak. Bekas pengendali KL City FC itu memberi bayangan pasukan itu bakal diperkuatkan dengan seorang lagi pemain.

Meskipun tidak mendedahkan siapa pemain berkenaan, Hodak memaklumkan pemain tersebut akan menyertai Pangeran Biru pada minggu hadapan.

Advertisements

“Adam Alis (pemain tengah Indonesia) akan datang (menyertai Persib) besok dan masih ada satu pemain lagi yang akan datang, kemungkinan minggu depan,” katanya seperti yang dilaporkan TribunNews.

Selain itu, kelibat pemain sayap lincah itu juga tidak kelihatan dalam beberapa sesi latihan skuad Badak dan aksi liga menentang Negeri Sembilan FC baru-baru ini.

Advertisements

Seandainya khabar ini menjadi kenyataan, Saddil bakal menjadi pemain import terbaru yang meninggalkan Liga Malaysia (Liga M) menjelang tetingkap perpindahan kedua liga yang bermula pada Ogos ini.

Sebelum ini, Machado, Kuvondik Ruziev dan Prince Aggreh memilih meninggalkan Liga M selepas menamatkan kontrak secara persetujuan bersama dengan pasukan masing-masing.

Advertisements

Selepas meninggalkan Liga M, Machado dan Ruziev masing-masing menyertai kelab Araz-Naxcivan dan Neftchi Fergana. Manakala Aggreh pula dilaporkan bakal menyertai kelab Kuwait, Khaitan SC.

News Comments Account