Bojan Hodak: Kami Bukan Pasukan Pilihan Untuk Menang Bertemu Selangor
Dunia
Kuala Lumpur City FC
Advertisements

Jaringan tunggal yang dihasilkan oleh pemain tengah KL City FC, Zhafri Yahya menentang Sri Pahang FC semalam memastikan kemenangan berharga buat pasukan kendalian Bojan Hodak untuk muncul sebagai Juara kumpulan A bagi saingan Piala Malaysia 2021.

Prestasi yang menakjubkan oleh pasukan Kuala Lumpur City FC wajar diberi pujian selepas mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang saingan Piala Malaysia musim ini. Pasukan KL City FC juga berjaya merekodkan empat kemenangan dan dua seri dalam kesemua perlawanan dengan jumlah 14 mata.

Namun begitu, Bojan Hodak mengatakan bahawa pasukannya bukan pasukan pilihan untuk menang walaupun dengan prestasi luar biasa yang ditonjolkan setakat ini. Sebaliknya, beliau menganggap pasukan Selangor mempunyai kelebihan dari segi pemilihan pemain (Reserve Team) berbanding KL City FC. 

Advertisements

“Kami bukan pasukan pilihan untuk menang dengan Selangor biarpun ramai melihat prestasi KL City cukup baik setakat ini di saingan TM Piala Malaysia.”

“Selangor ada kelebihan dari segi pilihan pemain kerana mempunyai Reserve Team berbanding dengan KL City yang punyai sebuah skuad yang kecil.”

Untuk rekod, sepanjang tiga pertembungan antara KL City FC dan Selangor termasuk perlawanan persahabatan semuanya berakhir dengan keputusan seri. Oleh itu, jurulatih berusia 50 tahun ini menegaskan bahawa pertembungan buat kali keempat kali ini pastinya bakal memberikan saingan sengit melibatkan kedua-dua buah pasukan. 

Advertisements

“Berdasarkan rekod pertemuan KL City dan Selangor sepanjang musim ini termasuk satu perlawanan persahabatan, ketiga-tiganya berakhir keputusan seri.”

“Jadi ini bermakna sudah pasti perlawanan akan sengit membabitkan kedua-dua pasukan pada pentas suku akhir dan sesiapa boleh memenangi perlawanan itu nanti.” kata Bojan Hodak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram