Bojan Hodak Tagih ‘Keadilan’ Berdepan JDT
MakanBola
KL City FC
Sponsors

Jurulatih KL City FC, Bojan Hodak berharap kualiti pengadilan untuk final Piala FA membabitkan City Boys dan Johor Darul Ta’zim (JDT) FC pada Sabtu ini pada tahap terbaik.

Ini susulan beberapa insiden dalam beberapa perlawanan Liga Super pada minggu lepas terjadi akibat mutu pengadilan yang lemah. Ini sekaligus mencetuskan kemarahan ramai pemain, jurulatih dan penyokong.

Ad

Justeru, bekas pengendali PSM Makassar itu tidak mahu melihat perkara tersebut berulang dan berharap kualiti pengadilan pada aksi final bukan saja tepat tetapi mantap.

Ad

“Dan saya berharap kita akan mendapat pengadil yang bagus dan tegas yang boleh mengendalikan perlawanan ini (final Piala FA).

“Kita tidak takut beraksi pada aksi final dan berharap kita mendapat perlawanan yang bagus,” katanya kepada Nadi Arena semalam.

Ad

Hodak dan City Boys berharap dapat mengakhiri kemarau trofi Piala FA yang kali terakhir dimenangi pada tahun 1999.

Ad

Aksi final Piala FA musim 2023 bakal dilangsungkan di Stadium Sultan Ibrahim dengan KL City FC memburu trofi pertama musim ini. Sementara JDT FC pula mahu menambah koleksi trofi mereka selepas memenangi Piala Sumbangsih pada Mac lalu.

Ad