Advertisement
Bojan Hodak Tak Pelik Namanya Dikaitkan Dengan Skuad Kebangsaan
Dunia
MakanBola
Team Malaysia

Ketua jurulatih KL City FC, Bojan Hodak telah memberi respon berhubung namanya yang menjadi calon ketua jurulatih Harimau Malaya yang baharu. Perkara itu dikongsikan wartawan Astro Arena, Fina Nasrom yang baru sahaja menghubungi Bojan hari ini.

Ketika Akbar Sahari bertanya tentang respon Bojan apabila namanya dikaitkan sebagai calon ketua jurulatih Harimau Malaya, Fina Nasrom menjelaskan bahawa Bojan tidak terkejut dengan perkhabaran itu. Jelas Fina, Bojan cukup tenang ketika memberi respon berhubung isu tersebut..

“Saya pun terkejut dengan reaksi dia, dia cukup tenang dan dia kata, dia tak terkejut pun sebabnya sebagai jurulatih yang berjaya membawa pasukan KL yang bukan sebagai favourite team muncul sebagai juara Piala Malaysia, jadi dia tidak pelik.”

Fina Nasrom menjelaskan bahawa Bojan Hodak tidak pelik ketika namanya dikaitkan dengan skuad kebangsaan tatkala ramai calon lain yang juga menjadi bual mulut penyokong.

“Dia tak pelik kalau nama dia disebut-sebut. Jadi itu adalah satu karakter yang saya suka dan perlu ada pada seseorang jurulatih,’ ujar Fina Nasrom.

Nama Bojan terus menjadi tular ketika peminat bola sepak tempatan menganggap beliau sebagai individu yang layak untuk mengendali skuad kebangsaan ketika ini. Seluruh rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan bola sepak kebangsaan pastinya ternanti-nanti siapakah pengganti seterusnya selepas Tan Cheng Hoe.

FAM bertanggungjawab untuk melantik ketua jurulatih Harimau Malaya yang baharu dengan segera kerana cabaran skuad kebangsaan seterusnya di pusingan kelayakan Piala Asia tidak kurang lagi enam bulan dari sekarang.