Ads
Hiburan
Johor Southern Tigers

Pertahanan kental Johor Darul Ta’zim (JDT), Syahmi Safari merungkai pemain paling kuat yang berada dalam pasukan ketika ini.

Advertisements

Menerusi satu kenyataan dalam segmen Johor Southern Tigers, pemain berusia 25 tahun itu menjelaskan bahawa terdapat beberapa karakter unik pemain dalam pasukan.

Advertisements

Syahmi memberitahu bahawa pemain paling bekerja keras di atas padang ialah Fernando Forestieri yang telah bersama pasukan sejak tiga musim lalu.

Advertisements

Advertisements

“Kalau ikutkan semua (pemain JDT) ada mentaliti (juara) yang sama. Tapi (yang nampak menonjol), saya pilih Fernando Forestieri.

“Kadang-kadang bila kita hilang bola, walaupun dia seorang penyerang, dia akan kejar balik sampai ke bawah. Jadi, orang cakap kita boleh nampak sampai minit terakhir pun, dia akan berlawan dan berlari gila-gila untuk menang,” katanya.

Advertisements

Antara pemain yang mencuri tumpuan apabila beliau menyebut tentang tonggak baharu JDT, Murilo Henrique.

Pemain berusia 27 tahun itu dilabel sebagai tonggak paling kuat yang berada dalam skuad Harimau Selatan ketika ini.

“Pemain paling kuat di JDT ialah Murilo. Saya kalahkan Murilo? Bola mungkin lepas tapi saya tak tahu dekat mana,” ujarnya.

Advertisements

JDT bakal mengharungi aksi Piala FA dengan melayan kunjungan Kelantan Darul Naim pada 15 Jun 2024 jam 8:15 malam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram