Bola Sepak Bukan Penghalang Sunil Chandran Raih Segulung Ijazah
Dunia
@sunil_chandran99
Advertisements

Pemain muda PJ City, Sunil Chandran dikhabarkan baru sahaja mengenggam segulung ijazah sarjana muda dalam jurusan pengurusan sains dan sukan.

Perkara ini telah dikongsi dalam temubual wartawan astro arena bersama Sunil Chandran dalam sebuah video di laman Youtube Astro Arena, beliau menyatakan perasaan gembira kerana dapat menamatkan ijazahnya dalam masa 3 tahun walaupun dalam masa yang sama beliau bermain bola.

“Saya berasa gembira dapat menghabiskan ijazah dan bukan benda yang senang, memberi komitmen selama 3 tahun untuk belajar,” ujarnya.

Advertisements

Pemain sayap PJ City menjelaskan memang sukar untuk membahagikan waktu akademik dan bola sepak tetapi perkara ini telahpun dinasihatkan oleh ibubapanya dari kecil bahawa pembelajaran juga penting dalam setiap bidang yang beliau minati.

“Memang susah tetapi benda ini telah diterapkan dari umur muda lagi, jadi daripada kecil lagi ibubapa saya nasihatkan buat dua-dua, tetapi dalam masa yang sama perlu terapkan pelajaran untuk persediaan akan datang,” katanya.

Pemain yang berusia 22 tahun ini juga menyatakan pilihan pertama sebagai pemain bola sepak adalah kerjaya beliau dan ijazah yang diambil itu hanya sebagai persediaan awal baginya.

Advertisements

Sunil bagaimanapun akan terus memberikan komitmen dalam bidang bola sepak kerana beliau lihat banyak peluang yang boleh diambil dalam kerjaya bola sepak.

“Kerjaya saya bola sepak, ijazah yang saya ambil ini hanya persediaan kerana dalam kerjaya bola sepak ini agak tidak stabil, boleh jadi saya alami kecederaan yang teruk, dan untuk masa sekarang saya nak fokus bidang bola sepak, saya rasa memang ada peluang dalam kerjaya bola sepak Malaysia mahupun negara lain,” jelasnya.

Beliau juga berpuas hati dapat menyarung baju PJ City musim ini dan ia menjadi satu pengalaman yang baik untuknya kerana dapat meningkatkan lagi prestasi untuk musim akan datang.

Advertisements

Sunil menyatakan hasrat menjadikan pasukan PJ City sebagai pasukan kelima teratas dan beliau juga berazam untuk mengisi kesebelasan utama pasukan pada musim seterusnya nanti.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram