Penyokong Wolves memilih untuk pulang lebih awal selepas melihat pasukan kesayangan dibelasah teruk oleh Chelsea.
The Blues mempamerkan aura sebenar di atas padang selepas tewas 2-0 di tangan Manchester City.
Chelsea bermula kurang baik pada babak pertama apabila dibolosi dua gol namun diselamatkan dengan ledakan awal Nicolas Jackson dan gol cantik Cole Palmer.
Aksi babak pertama berakhir 2-2.
Bersambung babak kedua, pertukaran bijak pengendali Chelsea, Enzo Maresca untuk memasukkan Neto dan Joao Felix membuahkan hasil apabila anak buahnya menambah 4 jaringan.
Pemain sayap lincah, Noni Madueke melengkapkan hatrik manakala Palmer mencatat hatrik bantuan gol.
Kekecewaan jelas terpancar di wajah penyokong Wolves apabila bergegas meninggalkan Stadium Molineux seawal minit ke-75.
Kemenangan itu membolehkan Chelsea naik ke tangga ke-7 sementara Wolves berada pada kedudukan kedua tercorot hasil dua kekalahan.