Transfer
Getty Images
Advertisements

Borussia Dortmund yang terkenal sebagai kelab pembangun bakat muda kini dilaporkan sedang berusaha membawa masuk penyerang muda kelahiran Jerman, Karim Adeyemi. Pemain berusia 19 tahun tersebut yang bermain bersama RB Salzburg telah menjaringkan 11 gol dalam 16 penampilan liga beliau setakat ini.

Adeyemi dilihat sebagai pemain yang bakal menggantikan posisi Erling Haaland kelak apabila Dortmund merancang untuk membawa masuk pemain tersebut pada musim panas hadapan menurut ESPN. Namun pihak pengurusan Dortmund telah menghubungi RB Salzburg bagi membincangkan urusan perpindahan tersebut.

Walaupun masih dalam perbincangan, Dortmund yakin mampu mendapatkan Karim Adeyemi malah kelab Jerman tersebut menjadikan perpindahan Adeyemi sebagai keutamaan kelab menurut laporan Fabrizio Romano.

Advertisements
Adeyemi Borussia Dortmund Mahu Bintang Muda Jerman Sebagai Pengganti Erling Haaland
Karim Adeyemi bersama RB Salzburg

Ini berikutan komen Mino Raiola yang memberi kemungkinan Erling Haaland bakal meninggalkan kelab pada Januari ataupun pada akhir musim ini. Raiola sebagai ejen Haaland menambah lagi bahawa beliau telah memikirkan selama 2 tahun bagi memilih kelab seterusnya buat Haaland. Antara kelab yang berminat terhadap Haaland ketika ini ialah Manchester United, Manchester City dan Real Madrid.

Seandainya Erling Haaland kekal di Dortmund, Haaland akan digandingkan dengan Karim Adeyemi dibarisan serangan kelab. Namun melihatkan kemungkinan besar Haaland bakal berhijrah, kelab mahu menjadikan Adeyemi sebagai pengganti Haaland sebagai penyerang utama kelab.

Dortmund ketika ini gemar menggunakan formasi 4-3-3 atau 4-2-3-1 dimana mereka meletakkan rangkaian 3 pemain di bahagian serangan dengan Erling Haaland sebagai penyerang tunggal kelab. Prestasi Erling Haaland musim ini dengan 17 gol dalam 13 penampilan bersama Dortmund menguatkan lagi minat kelab luar terhadapnya.

Advertisements
Adeyemi sewaktu dipanggil menyarung jersi kebangsaan Jerman

Rentetan itu, Dortmund melihat kelibat Karim Adeyemi sebagai calon terbaik kelab. Muda, berbakat besar dan tajam dihadapan gol adalah bukti pemain ini sesuai dengan polisi kelab yang menumpukan terhadap pembangunan bakat. Karim Adeyemi dinilai €20 juta dipasaran semasa dan diramal perpindahannya mampu mencecah €40 juta.

Musim lalu, Adeyemi berjaya menjaringkan 9 gol dan 11 assist dalam kesemua 39 penampilannya bersama Salzburg dan 7 gol tersebut adalah gol liga. Namun pada musim ini, Adeyemi telah menjaringkan 11 gol dan 1 assist dalam 16 perlawanan liga sedangkan liga masih di pertengahan musim.

Peningkatan prestasi Adeyemi juga memberikan peluang buat beliau untuk melakukan debut bersama kelab senior Jerman apabila Adeyemi dipanggil untuk beraksi dibawah kendalian Hansi Flick. Adeyemi melakukan debut bersama Jerman pada bulan September yang lalu dan berjaya menjaringkan gol pertama buat negaranya sewaktu kemenangan 6-0 Jerman ke atas Armenia dalam kelayakan Piala Dunia 2022.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram