Brad Maloney Anggap Laos Pasukan Yang Tersusun Dan Agak Sukar Untuk Ditewaskan
Dunia
FAM
Advertisements

Skuad Bawah 22 Tahun negara bakal memulakan aksi Kelayakan Piala Asia B-23 2022 bertemu Laos dalam perlawanan yang akan dilangsungkan di Stadium Persatuan Bola Sepak Mongolia (MFF) petang ini.

Brad Maloney selaku pengendali skuad Negara mengakui pasukan Laos merupakan sebuah pasukan yang agak sukar untuk ditewaskan dan menjangkakan tentangan sengit menanti anak-anak buahnya dalam perlawanan petang ini.

 “Bagi saya Laos merupakan pasukan yang agak sukar untuk ditewaskan biarpun beberapa kali skuad negara pernah berdepan lawan sama berdasarkan tentangan sengit yang diberikan dalam setiap perlawanan.

Advertisements

Maloney menjelaskan bahawa semua pasukan yang berada di dalam Kumpulan J mempunyai kelebihan dan kekuatan masing-masing dan kita perlu menghromati setiap pasukan yang bakal ditentang.

“Malah mereka juga sebuah pasukan yang tersusun dan beraksi dengan penuh berdisiplin di sepanjang perlawanan, begitu juga dengan pasukan tuan rumah, Mongolia dan Thailand.

“Secara keseluruhannya, kita menghormati kesemua pasukan dan menyifatkan masing-masing mempunyai kualiti yang tersendiri,” katanya kepada Sukan SH.

Advertisements

Selepas menentang Laos petang ini, Malaysia dijadualkan menentang tuan rumah, Mongolia pada 28 Oktober dan mengakhiri kempen kelayakan dengan menentang musuh tradisi, Thailand pada 31 Oktober.

Juara bagi setiap kumpulan akan layak secara automatik ke Piala Asia B-23 dan akan disertai empat pasukan di tempat kedua terbaik. Secara keseluruhannya 16 pasukan yang akan layak ke Piala Asia termasuk tuan rumah, Uzbekistan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram