Brad Maloney Percaya Pemain Negara Sudah Bersedia Hadapi Thailand
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Biarpun memulakan kempen Piala Asia Bawah 23 (B-23) dengan langkah kiri selepas tumbang 1-4 kepada juara bertahan, Korea Selatan Khamis lalu, pemain negara sudah ‘move on’ daripada kekalahan tersebut dan memberi fokus sepenuhnya kepada aksi kedua menentang Thailand pada Ahad.

Pengendali skuad B-23 negara, Brad Maloney akui sedar dengan kekuatan yang dimiliki pasukan Thailand dan menganggap skuad Thailand kali ini adalah berbeza jika hendak dibandingkan dengan skuad yang beraksi di pentas Sukan Sea Vietnam bulan lepas.

“Kita telah beberapa kali berdepan dengan Thailand sebelum ini termasuk di Sukan SEA Hanoi 2021 baru-baru ini.

Advertisements

“Thailand merupakan pasukan yang bagus dan mereka melakukan penambahbaikan dengan membawa masuk beberapa pemain baharu bagi memperkuatkan pasukan pada aksi kelayakan kali ini.

“Sekali lagi kita menjangkakan tentangan sengit daripada pihak lawan (Thailand), esok (Ahad), untuk perlawanan kedua peringkat kumpulan kali ini,” katanya kepada Sukan Sinar pada Sabtu.

Dalam pada itu, Maloney menegaskan tiada perlawanan yang boleh dianggap mudah kerana kesemua pasukan yang layak ke Piala Asia B-23 adalah pasukan yang kuat. Namun beliau yakin pemain negara sudah bersedia untuk diturunkan menentang Thailand nanti.

Advertisements

“Seperti yang saya pernah katakan sebelum ini, tidak ada perlawanan yang boleh dianggap mudah kali ini dan kita sentiasa menjangkakan tentangan sengit setiap kali beraksi.

“Sebagai contoh; walaupun kita telah beberapa kali berdepan Thailand tetapi kali ini mereka datang dengan membawa beberapa pemain baharu.

“Apa pun, saya percaya kesemua pemain telah bersedia untuk berdepan dengan cabaran berkenaan,” katanya.

Advertisements

Selepas kekalahan kepada Korea Selatan tempoh hari, skuad negara kini menghuni tangga tercorot tanpa sebarang mata. Jadi perlawanan menentang Thailand ini merupakan waktu yang tepat bagi anak buah Maloney untuk mengutip tiga mata pertama selain menghidupkan peluang mara ke pusingan kalah mati.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram