Brazil Hilang Neymar
Dunia
CNN
Advertisements

Juara dunia lima kali, Brazil menerima tamparan hebat apabila bintang sensasi pasukan, Neymar Jr dilaporkan mengalami kecederaan.

Pemain PSG itu turun selaku bintang tumpuan dalam kejohanan ini dalam misi merangkul Piala Dunia ke-6 bersama negaranya itu dijangka tidak dapat diturunkan dalam aksi terakhir kumpulan.

Walau bagaimanapun, kelibat pemain berusia 30 tahun itu sering mengundang kesukaran buat lawan tatkala gerak-gerinya sering menjadi sasaran.

Advertisements

Ketika menentang Serbia tempoh hari, Neymar menjadi sasaran apabila gerakan lincahnya sering mengundang terjahan keras daripada lawan sehingga menyebabkan beliau tercedera.

Menerusi beberapa laporan, bekas pemain Barcelona ini difahamkan tidak akan dapat diturunkan pada baki perlawanan peringkat kumpulan menentang Cameroon, Sabtu ini.

Neymar sentiasa menjadi tunjang buat barisan serangan Seleção yang kini dalam misi merebut kejohanan berprestij tersebut sekali lagi.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram