Advertising
Brendan Gan Jadi Bualan Orang Argentina
MakanBola
FA Malaysia

Nama perancang tengah KL City FC, Brendan Gan kini menjadi bualan orang Argentina.

Pemain berusia 36 tahun itu melengkapkan perpindahan ke pasukan tetangga Lembah Klang daripada Selangor FC.

Ad

Beliau kini menjadi arkitek utama di bawah kendalian Miroslav Kuljanac dan diletakkan dalam kesebelasan utama ketika menentang Kuching City FC.

Ad

Pemain tengah Harimau Malaya ini mula menjadi bualan di Amerika Selatan terutamanya Argentina selepas merekodkan jumlah bantuan gol yang sama dengan pemenang Piala Dunia, Lionel Messi.

Brendan Gan telah disenaraikan sebagai penyumbang bantuan gol tertinggi dalam satu perlawanan oleh laman statistik terkemuka dunia, Sofascore.

Ad

Menurut laman statistik tersebut, bekas pemain The Red Giants itu telah merekodkan lima bantuan gol ketika menyarung jersi Selangor FC dalam perlawanan Liga Super Malaysia menentang Kelantan FC tahun lalu.

Ad

Perlawanan tersebut berakhir dengan kemenangan besar 11-2 buat Selangor yang mengakhiri saingan liga di kedudukan kedua di Liga Super 2023.

Ad

Rekod yang dihasilkan oleh pemain tengah negara itu menandingi beberapa ikon bola sepak hebat dunia seperti Lionel Messi yang turut merekodkan lima bantuan gol dalam satu perlawanan.

Statistik ini mula menjadi bualan orang Argentina susulan ia telah dikongsikan oleh laman sosial bola sepak terkemuka Argentina, All About Argentina di laman X.