fbpx

Brendan Gan Jalani Pembedahan Rawatan Kanser Testis

Trending Hari Ini

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

MakanBola.com, Petaling Jaya – Kapten skuad Selangor FC, Brendan Gan disahkan menghidap kanser testis seperti yang diumumkan oleh laman Facebook Selangor FC.

Brendan Gan sebelum ini tidak turun beraksi ketika Selangor menentang pasukan Kuala Lumpur City.

Menurut Selangor FC, Brendan Gan telahpun menjalani pembedahan untuk mengeluarkan ketumbuhan tersebut dan kini sedang dalam pemantauan pakar.

“Untuk makluman, Brendan telah didapati menghidap kanser testis. Beliau telah berjaya menjalani pembedahan untuk mengeluarkan ketumbuhan tersebut dan kini sedang dalam pemantauan pakar perubatan. Walaupun diuji, Brendan tetap optimis dan kuat. Semoga kita semua dapat terus mendoakan kesihatan dan memberikan privasi kepada beliau sepanjang tempoh pemulihannya.”

“Brendan tekad untuk kembali pulih secepat mungkin dan tidak sabar untuk kembali semula bersama pasukan. Seluruh warga SFC mendoakan agar Brendan cepat sembuh dan memohon semua penyokong untuk mendoakan yang terbaik buat beliau.”