Brendan Gan: Kami Mahu Bermain Dengan Cara Kami
Dunia
Famalaysia
Advertisements

Kapten Harimau Malaya, Brendan Gan menegaskan tidak akan terpengaruh dengan corak permainan Thailand, hanya mahu bermain mengikut acuan dan cara jurulatih Kim Pan-gon sahaja.

Beliau mengakui agak sukar berdepan Thailand pada perlawanan esok kerana kedua-dua pasukan mempunyai corak permainan yang berbeza. Tetapi beliau percaya dengan kemampuan rakan sepasukan yang mahu membuktikan sesuatu.

Pemain berusia 34 tahun itu menjelaskan walaupun skuad negara telah bersedia beliau dan rakan sepasukan tetap harus bekerja keras mengejar kemenangan menentang Thailand esok. 

Advertisements

“Kami mahu bermain ikut cara kami, kami tak mahu terpedaya dengan cara mereka, kami nak jaringkan gol sebanyak yang boleh pada saingan esok.”

“Semestinya kami mahu kemenangan dengan keputusan yang boleh diterima, walau apa pun yang terjadi kami harus mencipta kemenangan,” jelas Brendan Gan.

Advertisements

Brendan Gan turut optimis dengan kehadiran penyokong dan suasana yang diberikan ianya pasti akan banyak membantu Harimau Malaya untuk beraksi dengan lebih cemerlang.

Malaysia bakal menerima kunjungan Thailand dalam perlawanan separuh akhir satu di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram